Covid-19: Sabah Catat 26 Kluster Setakat Ini

KOTA KINABALU: Tambahan empat kluster baharu yang dilaporkan semalam menjadikan bilangan kluster di Sabah sehingga kini meningkat kepada 26 kluster.

Semasa awal penularan wabak Covid-19 pada Mac, hanya kluster Masjid Sri Petaling dilaporkan di Sabah sebelum ia berkembang kepada beberapa kluster lain.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam laman Facebooknya memaklumkan, sehingga kini, bilangan kluster yang masih aktif di Sabah adalah sebanyak 26 kluster.

Secara keseluruhan, kluster Benteng LD mencatatkan kes tertinggi denghan 1,067 kes diikuti dengan kluster Bangau-Bangau, Semporna dengan 430 kes.

Kluster lain yang turut mencatatkan kes lebih 100 adalah kluster 7 Serangkai, Tuaran (257); kluster Ramai-Ramai, Sandakan (119); dan kluster Laut, Kunak (115).

Manakala, empat kluster baharu yang dilaporkan semalam adalah kluster Semarak, Tawau (13); kluster Bina, Beaufort (10); kluster Sabindo, Tawau (4); dan kluster Bestari, Sandakan (2).

Setakat ini, Tawau mencatatkan tujuh kluster termasuk dua yang disebutkan di atas serta kluster Tanamera (34); kluster Kau Sing (22); kluster Joo Hwa (7); dan kluster Udin (3).

Semporna pula mencatatkan lima kluster termasuk satu disebutkan di atas serta kluster Pulau (51); kluster Selamat (33); kluster Bakau (23); dan kluster Kg Sakong (11).

Sementara di Sandakan turut mempunyai lima kluster termasuk kluster Ramai-Ramai; kluster Bestari  Surat (27); kluster Bomba (7); dan kluster Jalan Utara (3).

Manakala dua kluster dilaporkan di Lahad Datu termasuk kluster Benteng dan kluster Khazanah, Lahad Datu (22). Satu kluster masing-masing kluster Highway, Kota Belud (24); kluster Kolong, Keningau (10); kluster Buang Sayang, Sipitang (6); kluster Atap, Kota Kinabalu (4); kluster Kuarters, Tongod (7).

Sehingga kini, sebanyak 5,063 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan 2,970 kes aktif dengan 39 kes kematian termasuk empat kes kematian terbaru semalam. Manakala, bilangan kes yang pulih setakat ini adalah sebanyak 2,054 kes.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *