Hati-Hati Dengan Kutipan Derma Palsu – Pengarah Kesihatan Sabah

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi

KOTA KINABALU: Tiada sebarang kutipan derma dilakukan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Queen Elizabeth pada masa ini.

Pekara itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dri Christina Rundi dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan Sabah berdepan dengan pandemik Covid-19 ini.

Maklumat mengenai kutipan derma yang tular di media sosial itu adalah tidak benar.

Untuk itu, orang ramai disaran supaya mengabaikan sebarang kenyataan mengenai sumbangan kepada HQE. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *