660 Kes Baharu Covid-19, 4 Kematian Hari Ini

Kementerian Kesihatan menghantar doktor dan jururawat terlatih ke Sabah sebagai persiapan hadapi kenaikan kes COVID-19 di negeri itu – Dr Noor Hisham.

Putrajaya: Penularan Covid-19 merekodkan 660 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu dalam negara sebanyak 16,880 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 5,345 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, hanya dua kes import, selebihnya 658 kes membabitkan penularan tempatan.

Beliau berkata, penularan tempatan itu membabitkan 618 jangkitan dalam kalangan warganegara dan 40 lagi kes bukan warganegara.

“Sabah merekodkan 443 kes hasil saringan besar-besaran diikuti Selangor (76), Kedah (60) dari Penjara Pokok Sena, Perak (16) dari Kem Tahanan Taiping dan lain-lain negeri.

“Ada enam kluster baharu dilaporkan dan empat kematian direkodkan,” katanya dalam sidang media secara langsung dari kediamannya hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 350 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 11,372 kes.

“Sehingga kini, 101 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 163 kes. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *