Polis Buru 3 Lagi Tahanan Lolos Dari PTS

Asisten Komisioner Peter Umbuas, meninjau pelaksanaan SJR di Batu 2 Jalan Apas, di sini, hari ini. Gambar Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Empat tahanan Filipina dan Indonesia yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) di sini, awal pagi semalam berjaya diberkas semula.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, tiga daripada mereka masing-masing ditahan antara 10 pagi hingga 10.30 malam iaitu kurang 24 jam selepas melarikan diri kira-kira 2 pagi hari yang sama.

“Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan ketika masing-masing bersembunyi di tiga lokasi berasingan sekitar daerah ini iaitu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Bahagia, Taman King Fook dan Batu 5 Jalan Apas.

“Seorang lagi suspek berusia 49 tahun berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan berhampiran ladang sawit di Gudang 4 dekat sini, kira-kira 8.15 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Peter lagi, berikutan tangkapan terbaru itu pihaknya masih giat mengesan dan memburu tiga lagi tahanan yang masih bebas.

Dalam kejadian pagi semalam, sekumpulan 14 tahanan yang ditempatkan di sebuah blok di pusat tahanan itu dikatakan memanjat pagar belakang sebelum meloloskan diri.

Bagaimanapun, tujuh suspek berjaya ditahan semula oleh anggota dan pengawal bertugas di PTS terbabit sebelum pengadu tampil membuat laporan polis pada 10.30 pagi hari yang sama. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *