374 Kes Baharu COVID-19 & 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 374 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 15,096 kes secara keseluruhan.

Daripada 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 372 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.

Terdapat 73 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 73 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 10,780 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 155 kes atau bersamaan dengan 1.03%.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *