Polis Buru Lelaki Rogol Adik Ipar Di Pitas

Gambari Hiasan

PITAS : Polis memburu seorang lagi lelaki yang disyaki merogol budak perempuan berusia 11 tahun di sebuah kampung di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, suspek berusia 31 tahun terbabit yang juga abang ipar kepada mangsa.

“Suspek sudah melarikan diri dan kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi lelaki itu supaya segera menghubungi polis,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita yang juga kakak kepada mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 5 petang, 30 Disember.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 40-an yang juga bapa saudara mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan laporan wanita itu, ketika kejadian, dia meminta adiknya untuk menjaga tiga anaknya di rumahnya disebabkan mahu ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun, sebaik kembali di rumah, si adik memaklumkan dia ‘diganggu’ di bilik tidur oleh dua supek terbabit.

Menurut Mohd Izaan, pihak polis masih berusaha mengesan suspek kedua yang juga suami kepada kakak mangsa itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *