SPR Adakan PRK Batu Sapi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tarikh PRK, hari pengundian awal dan tarikh penting lain akan ditentukan dalam mesyuarat Selasa ini.

Katanya, mesyuarat berkenaan akan dikendalikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh di Putrajaya dan sidang media akan diadakan selepas itu.

“SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini, berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P185 Batu Sapi, Sabah.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan kerusi itu,” katanya di sini.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Liew Vui Keong, Jumaat lalu.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *