PM Akui Kempen PRN Sabah Antara Punca Kes Covid-19 Naik

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 secara langsung sebentar tadi.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah antara punca peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

Katanya, PRN Sabah terpaksa dilakukan kerana DUN dibubarkan Yang di-Pertua Sabah ,Juhar Mahiruddin.

“Saya akui kempen PRN di Sabah juga menjadi antara punca peningkatan kes Covid-19

“PRN Sabah terpaksa diadakan apabila TYT Sabah telah membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu, ini sesuatu tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk dalam perlembagaan,” katanya menerusi Perutusan Khas Covid-19.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *