Mendiang Peter Rajah Dapat Gelaran Datuk

Hassan Sani (kiri) bersama Peter Rajah pada 1980.

KOTA KINABALU: Legenda bola sepak negara, mendiang Peter Rajah tersenarai antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-67 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, esok.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Peter adalah antara pemain bola sepak yang turut sama menjulang kemenangan untuk skuad negara ke temasya Olimpik Moscow pada 1980 bersama rakan sepasukan lain antaranya Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani.

James dan Hassan menerima pingat yang sama pada 2016.

Peter yang meninggal dunia pada usia 63 tahun pada 14 November 2014 pernah mewakili Sabah dalam aksi liga Piala Borneo, Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Piala Malaysia dan Piala FA antara tahun 1972 hingga 1996.

Hassan Sani (kiri) bersama Peter Rajah pada 1980.

Pencapaian tertinggi beliau ialah membawa pasukan negara menjadi juara kelayakan Olimpik Moscow pada 1980 walaupun pembabitan negara ketika itu dibatalkan.

Selepas bersara, mendiang pernah menjadi pengurus kompleks sukan di Likas, Keningau, Penampang, Tawau dan akhir sekali di Sandakan.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *