Paksa Minum Arak Sebelum Rogol Pekerja

BELURAN: Polis menahan lelaki Pakistan yang didakwa memberi pekerja wanitanya minuman keras sebelum merogolnya hingga mengalami pendarahan teruk.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan Isnin lalu susulan laporan dibuat keluarga mangsa.

Katanya, mangsa berusia 21 tahun bekerja di kedai runcit warga asing berkenaan ,mendakwa dirogol ketika mabuk, malah kejadian terbongkar selepas dia dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai-Sungai di sini.

“Pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan berlaku pendarahan yang serius.

“Mangsa dikatakan diberi minuman keras oleh majikan sehingga khayal, lalu dirogol di dalam stor kedai runcit itu ketika waktu bekerja. Dia juga dibayar gaji pada hari itu.

“Selepas kejadian, mangsa mengalami pendarahan yang serius hingga pengsan akibat luka pada bahagian alat sulit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kasim berkata, remaja itu mendakwa tidak sedar dirogol dan hanya merasa sakit di belakang dan kemaluan.

“Polis sudah merakamkan percakapan mangsa dan dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lelaki Pakistan itu dalam tahanan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – HMEtro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *