Muka Lumpuh Sebelah Lepas Suntik Buang Kedut

Zhou

Beijing: Malang nasib seorang wanita apabila bahagian kiri wajahnya menjadi lumpuh selepas mendakwa menerima suntikan menghilangkan kedutan.

Lebih menakutkan apabila doktor khuatir kesan sampingan itu menjadi kekal dan ia tidak dapat dipulihkan.

Oddity Central melaporkan, Zhao, 29, yang berasal dari bandar Hangzhou, Zhejiang mendapatkan rawatan kecantikan di hospital pada 12 September lalu.

Wanita berkenaan pernah beberapa kali melakukan rawatan sama sebelum itu.

Seminggu kemudian, Zhao mendapati kening kirinya tidak boleh digerakkan, manakala mulut dan mata kiri tidak dapat ditutup.

Keadaan itu juga menyebabkan Zhao tidak dapat mengunyah makanan dan minum seperti biasa kecuali menggunakan straw.

“Setiap kali lihat cermin, saya tidak nampak ekspresi wajah dan saya rasa mahu mati,” luahnya di laman web, GMW.cn.

Menurut Zhao, dia biasa menjalani rawatan kecantikan di hospital termasuk menerima suntikan di muka.

Pada lawatan terbaharu itu, prosedur dilakukan dua doktor dengan seorang pernah ditemuinya sebelum ini.

Zhao yakin individu terbabit bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan bakal mengemukakan tuntutan ganti rugi.

Sementara itu, jurucakap hospital memaklumkan pemeriksaan mendapati suntikan itu tidak menyebabkan separuh muka Zhao menjadi lumpuh.

Sehubungan itu, pihaknya enggan melayan tuntutan Zhao.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *