Penuntut Sabah Diminta Tangguh Perjalanan Ke UUM

Universiti Utara Malaysi

ALOR SETAR: Penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Sabah dan kawasan zon merah Covid-19 diminta menangguhkan perjalanan pulang ke kampus sehingga ke tarikh dimaklumkan kelak.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, keputusan itu dibuat pengurusan universiti berikutan peningkatan kes Covid-19 di beberapa daerah di seluruh negara.

“Pengurusan sangat prihatin terhadap risiko keselamatan penuntut.

“Keputusan ini dibuat selaras pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan mesyuarat terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Universiti hari ini, yang memutuskan supaya penuntut dari Sabah dan kawasan zon merah di negeri lain menangguhkan perjalanan ke kampus,” katanya pada kenyataan hari ini.

Hendrik berkata, sebarang perubahan baharu atau pekeliling pengurusan universiti akan dibuat dari semasa ke semasa.

Penuntut boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Penginapan Pelajar (SAC) di talian 04-9284154/184 atau pejabat Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM di talian 04-9284010. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *