Jeffrey Lepaskan Jawatan Di Persekutuan, Mahu Fokus Sabah

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan

memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kerajaan Persekutuan.

Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, Jeffrey telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hasrat pengunduran dirinya, hari ini.

Jeffrey, 72, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, di Kota Kinabalu pagi ini.

Beliau adalah salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri, yang dilantik, hari ini.

Selain Jeffrey , turut dilantik sebagai timbalan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor adalah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Beliau adalah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Ahli Parlimen tunggal parti itu yang mewakili Parlimen Keningau.

Pada pilihan raya negeri Sabah, Ahad lalu, Jeffrey berjaya mengekalkan kerusi Tambunan dengan majoriti yang lebih besar.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *