Hajiji Mahu Tumpu Usaha Bendung COVID-19, Pulih Ekonomi

Sidang akhbar Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Hajiji Noor, mahu memberi tumpuan kepada usaha membendung penularan wabak COVID-19 dan pemulihan ekonomi di negeri ini.

Bercakap pada sidang media, di sini, beliau turut mengumumkan pertukaran portfolio antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, bersama-sama Bung Moktar dan ADUN lain yang dilantik sebagai anggota Kabinet Sabah yang baharu. - NSTP/AZRUL AFFANDI SOBRY
Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, bersama-sama Bung Moktar dan ADUN lain yang dilantik sebagai anggota Kabinet Sabah yang baharu. – NSTP/AZRUL AFFANDI SOBRY

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri, dilantik memegang portfolio Menteri Kerja Raya, manakala Masidi pula Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Menteri Kewangan 2.

Dalam pada itu, Hajiji menafikan dakwaan bahawa pihaknya ada masalah dengan UMNO Sabah.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *