Spekulasi Berhubung Pembelotan Kepada WARISAN Meningkat

Warisan dan sekutu menang 32 kerusi DUN dalam pilihan raya negeri, kurang 5 daripada majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

KOTA KINABALU: Sekumpulan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru dilantik dari Gabungan Rakyat Sabah dipercayai berada dalam perjumpaan lewat malam dengan Presiden Warisan Shafie Apdal malam tadi, sewaktu meningkatnya spekulasi mengenai pembelotan untuk menyertai bekas gabungan pemerintah itu.

“Ya, pasti, mereka semua berkumpul di rumah Shafie,” menurut sumber Warisan, merujuk kepada ahli GRS dan pemimpin Warisan.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas PBS secara tidak langsung menuduh Warisan cuba memancing Adun parti itu berikutan kegagalan Warisan memperoleh majoriti pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Kenyataan PBS itu menyebut tentang tawaran wang dan jawatan yang dibuat.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai menafikan dakwaan bahawa parti itu akan bergabung dengan Warisan Plus untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Bekas perdana menteri Najib Razak juga mempersoalkan sama ada Warisan menggunakan politik wang selepas berkempen menentang rasuah politik.

“Adakah ‘parti kapal’ sekarang bermain politik wang untuk melahirkan katak politik setelah kalah dalam pilihan raya negeri?” katanya.

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS menang 38 kerusi dalam pilihan raya negeri itu.

Warisan Plus menang 32, kurang 5 daripada majoriti, sementara 3 lagi kerusi dimenangi calon Bebas.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *