TYT Sabah Dijangka Umum Ketua Menteri Baharu Esok

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dijangka membuat pengumuman berhubung pelantikan Ketua Menteri baharu esok.

Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini.

“Jam 2,30 petang tadi, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah) dan Datuk Hajiji Noor (Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah sudah menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Tiga wakil rakyat Bebas nyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Jadi kita ada 41 kerusi bentuk kerajaan negeri. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden Parti Warisan Sabah) dan lain-lain cuma ada 32 (kerusi). Kita yang membentuk kerajaan.

“TYT (Yang di-Pertua Negeri Sabah) dijangka buat keputusan mengenai Ketua Menteri esok,” katanya.

Pada PRN Sabah semalam, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya memperoleh majoriti selepas meraih 38 daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.

WARISAN pula hanya memperoleh 23 kerusi DUN, DAP (6), PKR (2), UPKO (1) dan Bebas (3).- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *