PBS Nafi Sokong Warisan Plus Bentuk Kerajaan Negeri

JONISTON: PBS masih lagi rakan sekutu GRS dan kekal teguh dengan parti PN dan BN.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-sekerasnya bahawa parti itu bersama dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan.

Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai menegaskan, parti itu masih teguh bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

“Saya ingin mengulas mengenai desas desus yang menyatakan kami (PBS) menyertai Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan.

“PBS masih lagi rakan sekutu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kekal teguh dengan parti PN dan BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PBS berjaya memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala rakan dalam GRS seperti PN menang 17 kerusi dan BN 14 kerusi. – Awani

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *