GRS Menghadap Tun Juhar Petang Ini

Perkarangan Istana Negeri di sini dipenuhi wakil media yang menanti sejak jam 7 pagi tadi, menjangkakan upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Ketua parti dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata perjumpaan itu antara lain bagi mengemukakan nama calon Ketua Menteri Sabah yang baru. 

“Semua 41 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS Plus bertemu mesra buat pertama kali hari ini.

“Ketua parti dari UMNO, BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PBS (Parti Bersatu Sabah) akan mengadap TYT (Yang di-Pertua Negeri) hari ini juga, insya-Allah,” katanya menerusi Twitter hari ini.

GRS secara rasmi membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan mendapat 38 kerusi malam tadi menerusi Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 17 kerusi, BN 14 dan PBS tujuh kerusi.

Difahamkan beberapa mesyuarat berasingan dalam kalangan pemimpin PN dan BN sedang berlangsung di lokasi berbeza sekitar bandar ini sejak pagi tadi.

PN sebelum ini mengumumkan Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri namun BN mengambil pendekatan mereka perlu memenangi PRN sebelum menamakan calon Ketua Menteri.

Annuar berkata, permuafakatan pimpinan UMNO, BERSATU dan PAS akan di diteruskan atas wadah menyatukan rakyat pelbagai bangsa dan agama.

“Sabah turut menunjuk jalan ke arah Malaysia yang lebih baik dan Sabah yang terus maju. Terima kasih Sabah,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *