100 Individu Disyaki 2 Kerakyatan Cuba Masuk Sabah Melalui Jalan Tidak Sah Diusir

Hazani

PAPAR: Polis mengumumkan lebih 100 individu dihalang daripada memasuki Sabah dan diusir dari perairan Malaysia pada Khamis kerana melalui jalan tidak sah.

Polis mengesyaki mereka juga memiliki 2 kerakyatan.

Pesuruhjaya Hazani Ghazali berkata 2 bot jongkong dan 2 bot laju yang membawa mereka itu dikesan cuba melepasi sempadan laut di Sandakan lalu disekat.

“Kita terpaksa halang mereka kerana melalui jalan yang tidak sah. Bukan menafikan hak mereka untuk mengundi tetapi cara mereka masuk tidak betul dan kita perlu halang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Hazani berkata halangan itu juga bagi mengelak penularan wabak Covid-19, mengatakan semua orang dikehendaki menggunakan laluan yang sah dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Tetapi mereka menggunakan jalan belakang dan kita perlu menghalang mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hazani berkata, proses pengundian setakat ini berjalan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingin berlaku dan keadaan terkawal di semua pusat mengundi di negeri itu.

Katanya, sepanjang tempoh kempen yang berakhir tengah malam tadi, polis menerima sebanyak 193 laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 58 kertas siasatan dibuka dan kebanyakkannya mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PRN Sabah ke-16 hari ini menyaksikan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa keluar mengundi bermula jam 7.30 pagi tadi sehingga tamat waktu mengundi pada jam 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baru.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *