71 Kes Baharu Covid-19, 63 Daripadanya Di Sabah

KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kembali kepada dua angka kepada 71 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 10,576 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 71 kes baharu yang dilaporkan itu, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 69 kes penularan tempatan.

Beliau berkata, kes import itu membabitkan dua individu bukan warganegara.

Bagi 69 kes penularan tempatan, katanya, sebanyak 43 kes membabitkan warganegara manakala 26 bukan warganegara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini Sabah kekal tertinggi 63 kes antaranya 10 Kluster Laut dan 47 Kluster Bangau-bangau.

“Kedah empat kes dan Selangor tiga kes serta tiada kluster baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, 64 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,666 kes iaitu 91.4 peratus.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 777 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, enam pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 133 kes.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *