Mohamaddin Ketapi Minta Maaf

Mohamaddin Ketapi

KOTA KINABALU: Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Mohamaddin Ketapi memohon maaf kepada anggota keselamatan berhubung video mempersenda pasukan keselamatan yang tersebar sebelum ini.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu menjelaskan kenyataannya berhubung pasukan keselamatan seperti diucapkan beliau dalam klip video itu sudah disalah erti.

Katanya, beliau tidak berniat memperkecil atau menghina anggota keselamatan yang berjuang menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan.

“Ketika memberikan ceramah itu, saya memberikan gambaran kesukaran yang dihadapi oleh anggota keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara yang berpunca daripada kelemahan kerajaan terdahulu dalam menyelesaikan isu pendatang tanpa izin.

“Seharusnya video yang ditularkan itu dimainkan sepenuhnya dan bukan hanya merujuk kepada soal berkenaan semata-mata dan saya mengutuk sekeras-kerasnya permainan kotor pihak tertentu yang jelas mahu menjatuhkan maruah Parti Warisan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, peristiwa di Tanduo tidak berlaku jika kerajaan terdahulu memberi keutamaan kepada usaha menangani isu pendatang tanpa izin.

“Oleh yang demikian, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak menghina anggota keselamatan kita yang bertugas semasa kejadian di Tanduo seperti yang

diputarbelitkan oleh pihak lawan khususnya parti dari Semenanjung.

“Bagaimanapun, saya ingin memohon maaf sekiranya video yang ditularkan dengan niat jahat itu mengguris hati anggota keselamatan keseluruhannya,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *