Hujan, Ribut Petir Diramal Di Sabah Bermula Hari Ini

KOTA KINABALU: Cuaca di Sabah sepanjang tiga hari bermula hari ini secara keseluruhannya diramalkan hujan dan ribut petir.

Menurut jurucakap Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah, hujan akan berlaku pada sebelah pagi di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu di kawasan Tawau dan Sandakan.

“Manakala pada sebelah petang, hujan dijangka berlaku di kawasan Kudat, Pantai Barat termasuk Kota Kinabalu dan pedalaman Sabah,” katanya ketika dihubungi hari ini.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *