WARISAN Plus Pengubah Masa Depan Telupid

TELUPID: Kesungguhan kerajaan Warisan Plus untuk membawa pembangunan di luar bandar memberikan semangat kepada masyarakat Telupid untuk memberi kemenangan kepada Felix Saang, yang merupakan calon UPKO di kawasan itu.

Seorang penduduk Telupid, Hilmi Abdul Hamid, 50, berkata, beliau berharap Warisan dapat meneruskan usaha-usaha murni yang dilakukan sebelum ini kerana penduduk Telupid menaruh harapan tinggi agar kawasan mereka dapat dibangunkan seperti kawasan lain.

HILMI

“Misalnya, di kawasan kami ini, masalah air adalah masalah yang kami hadapi sepanjang masa, air bersih di kampung tidak ada, kami masih menggunakan air graviti.

“Jadi ini salah satu masalah yang kami hadapi di sini selama ini,dan kami nampak kampung-kampung lain dapat menerima kemudahan-kemudahan asas seperti ini setelah kerajaan Warisan mentadbir Negeri Sabah, jadi kami pun ingin menikmati kemudahan ini di kampung kami,”katanya.

LIONG

Sementara itu, Liong Yu Sin, 49, berkata, beliau amat yakin dengan semangat kepimpinan calon UPKO itu dan berharap agar calon tersebut dapat merealisasikan impian rakyat Telupid.

“Pemilihan beliau di kawasan DUN Telupid merupakan satu pemilihan yang tepat untuk memajukan daerah Telupid ini sebab dia lebih muda, berkaliber, bersemangat dan mesra rakyat.

“Saya harap apabila dia menang di sini, dia boleh bantu bina balai bomba sebab Telupid sekarang betul-betul perlukan balai bomba dan dengan kepimpinannya yang ada dia boleh tambah lagi itu bank di sini untuk membantu kami sebagai peniaga di sini,”jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Budiman Rudding, 35, berkata, beliau menyokong penuh parti gabungan Warisan Plusdiberi kerusi di DUN Telupid kerana hanya melalui gabungan Warisan Plus, pembangunan di kawasan ini dapat dilaksanakan.

BUDIMAN

“Penduduk Telupid perlu berikan kesatuan kepada Warisan Plus, gabungan ini perlu kita pertahan sebab apa yang kita tahu kerajaan Warisan Plus adalah satu-satu kerajaan dapat mengembalikan hak -hak rakyat Sabah iaitu melalui tuntutan MA63, kita sudah tahu seperti PBS kuasa masih di pegang di bawah Semenanjung.

“Berbanding dengan Warisan Plus di mana kuasa itu nampak jelas, memang Sabah yang pegang, Warisan Plus sesuai untuk pembangunan Telupid ini,”katanya. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *