Kesepaduan Dalam WARISAN Plus Mampu Tarik Undi KDM

KOTA KINBALU: Kesedaran masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) terhadap kesepaduan yang ditunjukkan oleh pemimpin Warisan Plus dilihat akan mampu menarik lebih banyak undi KDM.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, sokongan masyarakat KDM akan bertambah selepas kebenaran mengenai isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah didedahkan.

Penglibatan Umno secara terancang pada 1991 seperti pengakuan Jabar Khan Napi dalam pendengaran awam.

Dalam pendengaran awam di bawah jawatankuasa pendengaran khas parlimen itu, Jabar mendakwa hampir 400,000 pendatang asing telah diberikan kerakyatan.

“Dalam tempoh 11 hari ini, kita akan memberi penerangan tentang isu ini dan dalam tempoh itu banyak orang KDM akan mendapat maklumat ini.

“Saya percaya orang KDM akan membuat keputusan dengan bijak.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu angkuh dan bermegah diri biarlah rakyat yang menentukan,” katanya semasa Program Kemasukan ahli UPKO, di Kampung Kolam, di sini semalam.

Tambahnya, UPKO juga akan terus berjuang meningkatkan martabat suku kaum KDM termasuk dalam melahirkan tenaga pengajar bahasa KDM di peringkat universiti.

Kini, beliau akan membantu agar tenaga pengajar bahasa Bajau turut dilahirkan agar mereka dapat mengajar bahasa tersebut di sekolah-sekolah.

Dalam majlis tersebut, seramai 88 orang telah menghantar borang permohonan menyertai UPKO.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *