Sabah Catat 25 Lagi Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

PETALING JAYA: Sebanyak 25 kes Covid-19 dicatatkan di Sabah daripada keseluruhan 31 kes baharu hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan kes, 28 adalah jangkitan tempatan dan 3 import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, daripada 25 kes di Sabah 17 membabitkan kluster Benteng LD.Powered by Streamlyn

“Kluster Bunga di Negeri Sembilan pula ada 4 kes melibatkan kru kapal. Di Kedah pula hanya ada 1 kes,” katanya di Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyatannya menjelaskan, terdapat 7 kes sudah pulih Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 9,203.

Katanya, manakala kes aktif pula sebanyak 615.

“Terdapat 11 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 5 kes memerlukan bantuan pernafasan. Bagaimanapun, tidak ada pertambahan kes kematian membabitkan Covid-19, menjadikan jumlahnya kekal 128 kes,” katanya.

Mengulas 3 kes import hari ini, Noor Hisham berkata, semua kes itu mendapat jangkitan di luar negara iaitu Indonesia.

“Ia berlaku di Sabah, 2 kes melibatkan warganegara,” katanya.

Manakala, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, terdapat 1 kes melibatkan warga Indonesia yang memasuki negara pada 31 Ogos lalu.

“Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari sama kerana bergejala dan dikesan positif pada persampelan ke-2 iaitu pada 13 September,” katanya.

Katanya, daripada 28 kes penularan dalam negara, 19 kes adalah warga Malaysia manakala 9 kes pula membabitkan bukan warganegara.

“Di Sabah terdapat 23 kes iaitu 17 daripada kluster Benteng LD, di mana 8 daripada kes ini melibatkan bukan warganegara. Selain itu, 1 kes membabitkan saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai dan 1 kes saringan severe acute respiratory infection (SARI) di Hospital Lahad Datu.

“Manakala, 1 kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Kudat, 1 kes saringan rujukan ke Hospital Tawau, 1 kes saringan kontak rapat bagi kes ke-9,454 dan 1 kes saringan tahanan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kudat,” katanya.

Di Negeri Sembilan terdapat 4 kes daripada kluster Bunga membabitkan seorang bukan warganegara dan di Kedah terdapat pertambahan 1 kes daripada kluster Sungai. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *