Jentera WARISAN DUN Pintasan Bubar

 Jentera PRN WARISAN DUN Pintasan menyatakan sokongan kepada Tan Sri Pandikar Amin.

KOTA BELUD: Merasa tidak dipedulikan oleh kepimpinan bahagian, jentera pilihan raya WARISAN DUN Pintasan yang dibentuk kira-kira sebulan lalu akhirnya dibubarkan dan ahli-ahlinya mengambil keputusan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Mantan Setiausaha Bahagian Parti Warisan Kota Belud Dr Budiman Abpa berkata, usaha mereka untuk menggerakkan jentera parti, kebanyakan dengan perbelanjaan sendiri tidak dihargai.

Katanya, jentera pilihan raya seramai 60 orang yang dibentuk untuk menghadapi PRN ke-16 di DUN Pintasan terpaksa dibubarkan selepas tidak diendahkan oleh kepimpinan bahagian dan ahli parlimen sendiri.

Beliau menceritakan kronologi peristiwa pembentukan jentera pilihan raya WARISAN Pintasan bagi menghadapi PRN ke-16 itu sehinggalah ia dibubarkan dan ahli-ahlinya keluar parti dan menyertai USNO.

Menurutnya, selepas penamaan calon, pihaknya tidak dihubungi dan tidak dibawa berbincang sebaliknya diberitahu, bahawa jentera yang dibentuk sedia ada itu tidak diguna pakai.

Merasa kecewa dengan perkembangan itu, Dr Budiman bersama Pengerusi Jentera WARISAN DUN Pintasan Haji Ladim Haji Abdul Rahman dan timbalannya Mazhry Nasir bersama 30 jenteranya meninggalkan parti WARISAN dan menyatakan sokongan kepada Ketua Umum USNO Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, yang bertanding di DUN Pintasan.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *