PRN Sabah: Sewa Helikopter Untuk Kempen

Gambar Hiasa

KOTA KINABALU: Helikopter antara mod pengangkutan pilihan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berikutan keadaan geografi yang sukar dilalui kenderaan darat.

Maka tidak hairan ada calon dalam PRN Sabah menggunakan pengangkutan udara itu untuk berkempen khususnya di pedalaman. Walaupun membabitkan kos yang tinggi, mereka tiada pilihan kerana terpaksa berkempen di banyak lokasi dalam satu hari.

Jurucakap sebuah syarikat penyedia perkhidmatan helikopter di Sabah berkata, kos antara RM4,500 hingga RM30,000 dikenakan untuk satu jam penerbangan.

Katanya, kos itu bergantung kepada jenis helikopter yang mahu digunakan calon berkenaan selain kapasiti penumpang.

“Kami memiliki sembilan helikopter dan menawarkan perkhidmatan kepada calon untuk diterbangkan ke kawasan pedalaman.

“Penggunaan helikopter ketika berkempen bukan sesuatu yang baharu kerana ada kawasan yang mengambil masa yang lama untuk tiba jika menggunakan jalan darat,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini syarikat berkenaan perlu menyewa helikopter dari Filipina bagi menampung permintaan yang tinggi.

Namun pada PRN kali ini hanya helikopter syarikat berkenaan digunakan memandangkan sempadan udara juga masih ditutup daripada penerbangan luar berikutan penularan COVID-19.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *