3 Sepupu Rebut Kerusi Bongawan

Anifah (kiri), Daud, Mohd Azree dan Ag Syairin selepas disahkan bertanding kerusi DUN Bongawan – Foto NSTP/Juwan Riduan

BONGAWAN: Pertandingan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan menyaksikan pertembungan antara tiga sepupu.

Mereka adalah penyandang kerusi Bongawan dari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Dr Daud Yusuf, sepupunya dari Barisan Nasional (BN), Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin dan anak saudara, Mohd Azree Abd Ghani mewakili Parti Liberal Demokratik (LDP).

DUN Bongawan juga menyaksikan Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang mewakili Parti Cinta Sabah (PCS) turut bertanding.

Keempat-empat calon mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi tadi.

Anifah mengemukakan borang pencalonan sekitar jam 9.02 pagi sebelum diikut Ag Syairin, Daud dan Mohd Azree masing-masing pada jam 9.04, 9.06 dan 9.08 pagi.

Pegawai Pilihan Raya DUN Bongawan, Bakri Sudin mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.30 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan, di sini, ditutup pada jam 10 pagi.

Daud ketika ditemui berkata, beliau mempunyai pertalian keluarga dengan dua calon yang bertanding iaitu Mohd Azree dan Ag Syairin.

“Ketiga-tiga kami ada kaitan kekeluargaan dan anak jati Bongawan, Mohd Azree sepupu manakala Ag Syairin juga sepupu saya.

“Namun dalam PRN ini, janganlah sesekali menyuarakan hal peribadi, tapi kita mahu hala tuju kita, apa yang kita mahu lakukan untuk Bongawan,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *