Covid-19 Catat 182 Kes Baharu, 167 Di Sabah

PETALING JAYA: Kes baharu Covid-19 melonjak ke angka 182 hari ini dengan 167 kes dicatatkan di Sabah dan 14 di Kedah.

Jumlah kematian kekal 128 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 9 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 5 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Setakat ini, Malaysia melaporkan sebanyak 9,810 kes Covid-19 dengan 9,181 daripadanya sembuh.

Ketika ini, seramai 501 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara.

Daripada jumlah itu 181 kes penularan tempatan, melibatkan 90 warganegara dan 91 bukan warganegara, dan 1 kes import.

Berkenaan kes di Sabah, peningkatan mendedak itu diumumkan ketika negeri itu bersiap sedia untuk hari penamaan calon pilihan raya negeri esok.

Hisham melaporkan semua 167 kes itu daripada Kluster Benteng LD, melibatkan 76 warganegara.

“Di mana 70 kes adalah banduan penjara dan 6 kes melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat,” katanya.

Baki 91 kes lagi melibatkan 61 warga Filipina dan 30 warga Indonesia. Lebih 1,000 individu masih menunggu keputusan saringan Covid-19.

Di Kedah pula, 11 kes dikesan daripada Kluster Sungai dan 3 daripada Kluster Telaga. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *