Sabah Catat 51 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA, 7 Sept: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 62 pertambahan kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan terkini meningkat kepada 9,459 kes, bersamaan 207 kes aktif dalam masa sama.

Daripada 62 kes baharu tersebut, 56 daripadanya merupakan kes tempatan melibatkan 30 warganegara dan 26 bukan warganegara.

Manakala hanya enam (6) kes import yang dicatatkan.

Berdasarkan tweet oleh KKM, sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes.

Status terkini COVID-19 setakat 7 September 2020

Jumlah discaj baru: 9

Jumlah kumulatif discaj: 9124 (96.5%)

Jumlah kes baru; 62

Jumlah kumulatif: 9459

Jumlah kes aktif: 207Kes tempatan: 56 (30WN, 26BWN)

Kes import: 6 (2WN, 4BWN)

Jumlah kematian: 0

Jumlah kumulatif kematian: 128 (1.35%)

Jumlah kes di ICU: 6Pesakit intubated: 4

Sumber: KP Kesihatan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *