Shafie Umum Calon WARISAN Plus 10 September

KENINGAU: Selepas berteka-teki mengenai tarikh pengumuman calon Parti Warisan Sabah (Warisan), akhirnya hari ini, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mendedahkan 10 September ini sebagai tarikh pengumuman calon Warisan Plus.

Ketua Menteri ini berkata, Warisan Plus akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tarikh tersebut, iaitu dua hari sebelum Hari Pengumuman Calon, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berkemungkinan pengumuman itu melibatkan pengumuman calon rakan kerjasama Warisan seperti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

”Atas sebab itu saya maklumkan kepada Madius untuk menyatakan siapa calon (UPKO), AMANAH, PKR sebab pilihan raya ini penting kepada kita.

”Ia bukan semata-mata pengagihan kerusi tapi kita mahu menang pilihan raya ini.

“Sekarang pun BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional (PN) bergelut.

“Pilihan raya ini penting bagi kita jadi kita kena pastikan kita adalah pilihan utama,” katanya semasa berucap sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Warisan Plus sempena Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, di Dewan Masyarakat Keningau, hari ini.

Tambahnya, rakyat kena bersatu bagi memastikan Warisan kembali memegang tampuk pemerintahan Sabah sekali lagi.

Bagi PRN Sabah, Hari Penamaan Calon adalah pada 12 September dan Hari Pengundian pada 26 September ini.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *