Veveonah Hanya Pelajar, Jangan Bunuh Karakter Beliau – Maria Antonio

KOTA KINABALU: Veveonah cuma seorang pelajar, bukan ahli politik. Tidak perlu bunuh karakternya semata-mata untuk menafikan capaian internet di pedalaman Sabah masih rendah,” kata EXCO Wirawati Parti Warisan Sabah (WARISAN), Maria Antonio, berhubung kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin terhadap Veveonah.

Maria berkata, dia sebagai pemimpin belia dan pernah mengikuti perkembangan Veveonah, berasa kesal dengan tindakan Timbalan Menteri itu, semalam.

“Menurut Zahidi, Veveonah cumalah seorang Youtuber dan tidak menghadapi peperiksaan ketika itu.

“Kenyataan ini telah dikutip oleh banyak media dan menyebabkan Veveonah mendapat kecaman daripada netizen. Sudah tentu hal ini akan memberi kesan kepada emosi dan imej Veveonah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Walaupun beliau telah melakukan permohonan maaf, sudah tentu kesan dari ucapan yang tidak bertanggungjawab itu memberi kesan yang besar kepada Veveonah.

Semalam, isu video Veveonah yang juga penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) memanjat pokok untuk mendapatkan rangkaian internet di Pitas sebelum ini, hangat diperkatakan selepas Zahidi mendakwa ia hanya sebagai hiburan demi mendapat tontotan rancangan Youtubenya dan bukan menjawab soalan peperiksaan.

Kenyataan Zahidi itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak terutama rakyat Sabah dan mendakwa beliau tidak memahami keadaan di Sabah.

Malah, kenyataannya itu disangkal oleh Veveonah sendiri selain disokong rakan dan gurunya bahawa memang peperiksaan diadakan dalam video itu.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *