Lukisan Mural Shafie Tanda Sokongan Kepimpinan Beliau

Rakaman gambar kenangan sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Shafie.

KOTA KINABALU: Seni lukisan mural Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Jalan Kundasang yang tular di media sosial baru-baru ini menjadi satu perkara sensasi dalam dunia internet.

Ramai selebriti alam maya terus menjadikan kawasan berkenaan sebagai satu destinasi popular bagi merakamkan gambar kenangan.

DJ Felcy iaitu seorang artis terkenal tempatan turut mengambil peluang untuk memuat naik gambar kenangan bersama mural berkenaan di laman sosial.

Selain daripada selebriti di alam maya, pengunjung dan masyarakat tempatan turut mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan.

Dengan sorakan positif diberikan menerusi seni, selebriti internet, orang awam yang merakamkan swafoto. Ini menunjukkan kepimpinan Shafie dalam politik mendapat tempat di hati rakyat Sabah.

Ia adalah pertama kali dalam sejarah bahawa seni mural digunakan untuk memberikan sokongan moral kepada pemimpin tempatan. 

Kepimpinan beliau bukan sahaja memberikan kesan positif dalam pembangunan Sabah tetapi juga diiktiraf oleh seluruh masyarakat dari pelbagai lapisan etnik.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *