Kluster Benteng Lahad Datu Di Penjara Tawau

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Satu kes positif membabitkan seorang banduan di Penjara Tawau, Sabah didapati mempunyai kaitan dengan Kluster Benteng Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes ke-9,351 yang dilaporkan pada Selasa lalu, mempunyai sejarah dimasukkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi perbicaraan sebutan kes.

Berdasarkan siasatan lanjut, katanya, tahanan berkenaan didapati mempunyai kontak rapat dengan kedua-dua kes indeks Kluster Benteng LD, iaitu kes ke-9,344 dan ke-9,345.

“Enam kes baharu yang dilaporkan hari ini dikesan di Penjara Tawau. Empat daripada kes berkenaan turut ada sejarah ke IPD Lahad Datu dan mempunyai kontak rapat dengan kes indeks.

“Mereka balik ke Penjara Tawau pada 28 Ogos lalu dan seterusnya menjangkiti dua lagi banduan baharu di Penjara Tawau.

“Semua kes positif baharu ini tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *