2 Parah, 2 Cedera Kemalangan Di Jalan Lintas-Kepayan

Dua kenderaan remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lintas-Kepayan, berhampiran Cyber City, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Dua dilaporkan parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Lintas-Kepayan, berhampiran Cyber City, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari itu, dua mangsa dikenali sebagai Firdaus berusia 30-an dan David Balang, 18, mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam kenderaan.

Dua kenderaan remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lintas-Kepayan, berhampiran Cyber City, Kota Kinabalu.

Manakala dua lagi mangsa dikenali sebagai Philip Pengiran Balang, 19 dan Zico Sulaiman Baru, 37, hanya cedera ringan dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.17 tengah hari.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dikejar ke lokasi yang terletak tujuh kilometer dari balai dan menurut komander operasi, kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda Toyota Vigo dan Isuzu D-Max.

“Terdapat empat mangsa yang terlibat dan dua daripada yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan selebihnya hanya mengalami kecederaan ringan diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya lagi, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat pada pukul 2. 24 petang selepas kawasan kemalangan didapati selamat dilalui kenderaan lain,” katanya. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *