9 Kes Baharu Covid-19 Di Sabah

KOTA KINABALU: Selepas sembilan hari tanpa jangkitan baharu, Sabah hari ini merekodkan sembilan kes Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, daripada jumlah baharu itu, tujuh kes membabitkan penularan tempatan dan dua kes adalah kes import.

Menurut KKM, tujuh kes tempatan itu membabitkan tiga warganegara dan empat kes bukan warganegara manakala bagi kes import kedua-dua kes  membabitkan warga Filipina.

Sementara itu, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon berkata, daerah Lahad Datu merekodkan kes Covid-19 yang tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes manakala Tawau dan Kinabatangan masing-masing satu kes.

Dengan penambahan jumlah itu, Sabah kini merekodkan 18 kes aktif yang masih berada di wad berbanding sembilan kes semalam.

Bagaimanapun, tiada kes kematian akibat wabak itu dilaporkan hari ini.

Di seluruh negara, Malaysia mencatatkan 14 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan bagi wabak itu adalah 9,354 kes setakat ini.

Daripada jumlah itu, sembilan kes melibatkan penularan tempatan manakala lima kes melibatkan kes import.

Selain itu, sebanyak 21 kes yang dilaporkan pulih hari ini menjadikan bilangan kes pulih secara keseluruhan sebanyak 9,075 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *