Perutusan YAB Ketua Menteri Sabah Sempena Hari Kebangsaan 2020

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. –Foto Ihsan JKM

Assalamualaikum warahmatullah hita’ala wabarakatuh, salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia di negara ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos. Ini merupakan satu tarikh yang cukup penting bagi kita rakyat Malaysia di seluruh negara, kerana inilah merupakan saat waktunya dimana kita terlepas daripada belenggu penjajahan dan kebebasan negara kita dan bangsa kita sudah pun kita rasa dan nikmati.

Di sesetengah tempat, sesetengah negara mereka terpaksa berhadapan dengan bukan saja pengorbanan harta juga tenaga mereka malahan nyawa mereka untuk mencapai kemerdekaan.

Di negara Malaysia kita amat bersyukur terhadap Allah S.W.T kerana kita mencapai kemerdekaan tanpa ada pertempuran, peperangannya kerana itu merupakan satu langkah yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tunku, pimpinan-pimpinan seperti Tun Mustapha, Tun Fuad Stephen, Temenggung juga ramai lagi pimpinan-pimpinan yang telah bermuafakat.

Orang Melayu, orang Cina, orang India dan suku-suku kaum yang ada daripada Sabah dan Sarawak.

Permuafakatan itu telah merealisasikan kemerdekaan di peringkat negara kita. Permuafakatan itu telah dapat kita jayakan dengan ada persefahaman, juga kerjasama daripada semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsanya, tidak mengira agamanya, tidak mengira daerahnya dan juga tempatnya.

Alhamdulillah pada hari ini, Malaysia telah pun membesar sebagai sebuah negara yang berdaulat dan membangun dan kita sedar dan tahu, untuk mencapai kemerdekaan ini dan juga memenuhi kemerdekaan bukan hanya dengan melaungkan dendangan lagu-lagu negaraku, hari merdeka, tetapi pengisiannya juga harus kita terapkan dengan nilai kecintaan dia, amalan bagaimana kita membesarkan negara kita dengan ada permuafakatan dari awal itu.

Saling mengerti, saling memahami, saling menyentu nurani rakyat di semua lapisan tidak kira dimana mereka berada, kerana mereka juga selaku rakyat berhak mendapat kemakmuran, ruang demi ruang dalam kehidupan mereka di negara ini.

Jadi jangan sia-siakan perjuangan yang terdahulu, yang telah mengorbankan masa dan juga tenaga mereka, nyawa mereka semata-mata untuk ingin memerdekakan negara kita.

Mari kita bersama-sama bersatu dan berpadu, tidak mengira bangsa, tidak mengira agamanya, nak membina sesuatu negara, bukan kita membina satu bangsa, bukan kita membina satu agama, kita membina satu negara dan membina satu negara, kita yakin kepada Tuhan, kita perlu berpadu, kita perlu penyatuannya, perpaduannya dikentalkan di semua lapisan.

Tidak mengira yang muda, yang lama sebagai rakyat Malaysia. Kita bagi sumbangan negara kita dengan kita besarkan untuk negara ini dapat dalam keadaan makmur dan juga sejahtera rakyatnya.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Kebangsaan” kepada seluruh rakyat Malaysia di negara ini. Terima kasih banyak.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *