Status Sabah Sebagai Wilayah Gagal Kerana UMNO & PAS

BONGAWAN: Tarikh 9 April 2019 sepatutnya menjadi hari bersejarah bagi negeri Sabah kerana pada waktu itu Artikel 1(2) Perlembagaan dipinda di Dewan Rakyat untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah wilayah bukannya negeri.

Jika Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Pindaan 2019 itu mendapat sokongan dua pertiga, Sabah sekarang bergelar wilayah yang membolehkan segala hak negeri di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan.

Namun, pindaan tersebut gagal akibat tindakan pemimpin UMNO dan Pas yang tidak menyokongnya sehingga menyebabkan Sabah hanya kekal sebagai sebuah negeri yang sama taraf dengan negeri-negeri lain.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sehubungan itu, rakyat Sabah tidak sepatutnya termakan sekali lagi dengan janji-janji manis UMNO dan sekutunya untuk kononnya mahu memperjuangkan hak negeri ini jika menang dalam pilihan raya 26 September depan.

Katanya, jika mereka ikhlas mahu berjuang untuk hak Sabah, hari ini Sabah sudah bergelar wilayah tetapi harapan tersebut masih tertangguh kerana keengganan mereka memberikan sokongan kepada pindaan Perlembagaan.

“Kita bawa ke Parlimen lepas itu bila bawa ke Parlimen yang mengundi siapa, Warisan, yang mengundi siapa PKR, yang mengundi siapa DAP, PKR DAP parti Semenanjung, yang tidak mengundi UMNO yang tidak mengundi Pas.

“UMNO tidak mengundi Ahli Parlimen UMNO Sabah pun tidak mengundi untuk negeri Sabah tetapi cakap kalau kempen kami pertahankan hak Sabah. Pertahan? kamu undi pun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Kimanis pagi ini.

Ketua Menteri berkata, kenyataan pemimpin pembangkang Sabah yang mahu memperjuangkan hak negeri ini turut dinyanyikan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman, namun hakikatnya bekas Pengerusi Jawatankuasa MA63 itu juga telah gagal membuat apa-apa tuntutan ketika berpeluang.

Katanya, tiada satu pun kejayaan Anifah dalam menuntut hak Sabah berbanding Warisan yang berjaya mendapatkan 17 daripada 20 perkara yang dituntut dalam tempoh dua tahun.

“Anifah pengerusi Nancy (Nancy Shukri) pengerusi apa yang dia buat satu perkara pun tidak lulus.

“Kita perintah Warisan daripada 20 perkara 17 diluluskan orang tidak nampak ini bukan saya bina bangunan kita kembalikan hak Sabah dalam Perlembagaan Malaysia,” kata Mohd. Shafie.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *