Parti Anifah Lawan Semua Parti, Tanding Banyak Kerusi

Presiden Anifah Aman mengumumkan PCS akan menghadapi semua parti di 73 DUN yang bakal dipertandingkan.

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini mengumumkan ia akan bertanding sebanyak mana kerusi untuk membentuk kerajaan, menghadapi semua parti di DUN terbabit.

Presiden Anifah Aman menegaskan perkara itu selepas Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi, baru-baru ini dilapor berkata gabungan itu sedang berunding dengan PCS untuk membentuk suatu gabungan pada PRN nanti.

“Kami akan bertanding semua kerusi dan tidak akan berpakat atau bergabung dengan mana-mana parti, terutamanya parti dari Tanah Melayu untuk tujuan pilihan raya negeri ini.

“Tiada perbincangan atau tolak ansur mengenai perkara ini seperti yang dilaporkan di media tertentu,” katanya di Facebook hari ini.

Baru-baru ini, Zahid dilapor berkata BN sedang memulakan rundingan untuk pembahagian kerusi di Sabah, dengan PCS, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Liberal Demokratik (LDP), dan Parti Maju Sabah (SAPP).

“Insya-Allah kita akan bentuk satu gabungan parti-parti ini bersama BN Sabah,” katanya.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *