Harimau Dahan Berjaya Ditangkap Semula

Harimau dahan yang berjaya ditemui semula di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

PUTATAN: Harimau dahan yang dilaporkan hilang pagi tadi di Taman Hidupan Liar Lok Kawi kini sudah berjaya ditangkap semula kira-kira 8.30 malam tadi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL), Augustine Tuuga mengesahkan perkara itu berkata, haiwan itu berjaya ditangkap di dalam kawasan taman.

“Harimau itu berjaya ditangkap semula sebentar tadi di kawasan taman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, menurut kenyataan JHL, harimau dahan ITU terlepas dari kandang pada pukul 6.15 pagi dan didapati masih berada di dalam taman pada pukul 7.30 pagi.

Namun, pihak taman tidak berjaya menangkapnya ketika itu kerana harimau itu berada di kawasan yang padat dengan tumbuhan.

Operasi mencari dan menangkap semula dilakukan selepas haiwan itu dipercayai masih berada dalam kawasan taman.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *