Orang Sabah Sudah Muak, ‘Berdoa’ WARISAN Kalah, Kata Bung

Ketua jentera Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berkata rakyat ‘muak’ dengan kerajaan Warisan di negeri itu.

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah “berdoa” supaya Warisan tumbang dalam pilihan raya akan datang kerana tidak melihat sebarang pembangunan di sebalik “janji manis” ditaburkan kepada mereka, kata Pengerusi Umno negeri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, Warisan memenangi pilihan raya pada Mei 2018 kerana banyak “sentimen negatif” digambarkan sepanjang tempoh berkempen ketika itu.

“Mereka membuat janji manis kepada penduduk. Kita tidak tahu apa janji lain yang akan mereka buat kali ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno hari ini.

Bung yang juga ketua jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berkata, banyak janji dalam manifesto Warisan belum ditunaikan sehingga kini.

“Sebab itu orang Sabah muak dan berdoa supaya Warisan kalah,” katanya.

Katanya, BN dan Umno sudah bersedia untuk memenuhi kehendak rakyat.

“Kita bersatu dan bertekad untuk menggerakkan jentera pilihan raya di semua 25 bahagian di seluruh negeri bagi memastikan kemenangan calon kita,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak akan membiarkan tuduhan rasuah terhadapnya menghalang daripada melakukan kempen dengan sebaiknya.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *