Kerajaan Warisan Sudah Serah 5,557 Geran Tanah Setakat Ini

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah menyerahkan sejumlah 5,557 buah geran individu dan Anak Negeri di seluruh Sabah sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah, Bernard Liew berkata, secara keseluruhan sejumlah 10,686 geran sudah disediakan untuk diserahkan kepada semua pemohon yang layak di seluruh Sabah.

Untuk makluman, geran tanah sudah diserahkan kepada penduduk di Tongod, Tambunan, Semporna, Tenom, Keningau, Tawau, Kalabakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kudat, Beluran dan terkini di Sipitang serta Kuala Penyu.

Menurutnya, pengeluaran geran itu dilakukan dalam usaha membolehkan lebih ramai Orang Asal di negeri ini memiliki geran tanah.

Tambahnya, JTU sentiasa berusaha mempercepatkan proses pengeluaran geran dan di bawah Program Khas Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS), pengeluaran geran dapat diberikan dengan lebih cepat.

Ia kerana proses pengukuran tanah boleh dilakukan mengikut blok di kawasan yang mempunyai pendudukan anak negeri.

Mengenai masalah yang sering dihadapi, Bernard berkata, pertindihan permohonan antara yang melambatkan proses pengeluaran geran.

Jika pertindihan berlaku, kajian harus dilakukan bagi menentukan siapa pemohon yang layak menerima geran tanah tersebut.

Tambahnya, masih ada kira-kira 16,000 lot tanah lagi yang masih dalam peringkat permohonan bagi tujuan pengukuran.

Proses pengukuran ini dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *