Bangunan Konsulat Indonesia Di Tawau Dirasmi

TAWAU, 19 Ogos: Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi, hari ini merasmikan bangunan Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau secara maya, dalam satu majlis yang diadakan dari Jakarta, Indonesia.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Sulistijo Djati Ismojo berkata, perasmian bangunan yang terletak di Taman Megah Jaya, Jalan Tiku itu, sepatutnya dijalankan pada Mac lalu, namun tertangguh berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

“Adanya gedung (bangunan) baru, luas dan serba lengkap ini, akan menambahkan semangat untuk bekerja demi memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat Indonesia, yang bekerja di Sabah atau individu yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Indonesia membuka pejabat perwakilan di Tawau sejak 1968 dan sepanjang tempoh itu, menyewa di enam premis sekitar bandar. 

Pada majlis itu, Retno turut merasmikan Bangunan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Phnom Penh, Kemboja.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *