20 Hilang Tempat Tinggal, 4 Rumah Terbakar Di Membakut

Usaha memadamkan salah sebuah rumah yang terbakar sedang dilakukan pihak bomba dalam kejadian di Kampung Lumantak, Membakut.

BEAUFORT: Seramai 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas empat rumah mereka diami musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Lumantak, Membakut, pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Rumah yang didiami empat keluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Lumantak, Membakut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7. 47 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti dikejar ke lokasi dengan bantuan 12 lagi anggota dari Balai Bomba Beaufort.

“Menurut Komander Operasi, kebakaran membabitkan empat rumah jenis tidak kekal yang didiami empat keluarga.

Rumah yang didiami empat keluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Lumantak, Membakut.

“Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan  menggunakan sumber air tertutup dan sumber air terbuka dari sungai berhampiran,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya lagi, sebelum operasi ditamatkan, pihaknya melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetus bahaya kebakaran.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.30 pagi dan hasil pemeriksaan kebakaran tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa.

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *