KDNK Sabah Menjunam Ke Paras Paling Rendah: Hajiji

Hajiji Noor

TUARAN: Sabah mencatat pertumbuhan ekonomi paling lembab dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri di paras paling rendah iaitu 0.5 peratus semasa pentadbiran Kerajaan Warisan, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Noor.

Katanya, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu mengakui kegagalan beliau mentadbir dan mengurus ekonomi Sabah sehingga KDNK Sabah menjunam ke 0.5 peratus pada 2019.

Beliau berkata, Shafie dan pemimpin Warisan perlu menerima hakikat kegagalan mereka, sebaliknya bukan terus menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai alasan untuk menutup kegagalan mereka. – Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *