PRN Sabah Diteruskan Selagi Tiada Arahan Mahkamah

Dr Azmi Sharom

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 September manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 September.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Sabah.

Beliau berkata, tempoh berkempen adalah semalam 14 hari dan pihaknya menyasarkan sebanyak 70 peratus pengundi keluar tunai tanggungjawab mereka.

“Waktu pengundian ditetapkan 7.30 pagi hingga 5 petang.

“SPR meneruskan PRN Sabah selagi tiada arahan mahkamah,” katanya.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *