Mahkamah Tinggi Tetapkan 21 Ogos Keputusan Pembubaran DUN Sabah

Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama gabungan seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu sempena keputusan terhadap semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 21 Ogos sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada 30 Julai, boleh diadili.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar penjelasan lebih empat jam menerusi hujahan peguam mewakili Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pemohon serta Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan tiga yang lain, selaku responden.

Peguam yang mewakili 32 penyandang ADUN termasuk bekas ketua menteri Sabah (Musa), Tengku Fuad meminta mahkamah memberi mereka masa bagi mengemukakan hujahan balas secara bertulis atas keterangan lisan responden.

Ini berikutan salah seorang peguam dari Jabatan Peguam Negeri membangkitkan perkara, iaitu penyandang ADUN tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *