28 ADUN Tiba Di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

Sebahagian ADUN yang tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, sebentar tadi. Foto: Ihsan Penerangan

KOTA KINABALU: Seramai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengemukakan permohonan semakan kehakiman tiba di lobi utama Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu sekitar pukul 9.20 pagi tadi.

Antara ADUN yang kelihatan adalah Bolkiah Ismail (Pitas), Julita Mojungki (Matunggong), Anita Baranting (Tandek), Musbah Jamli (Tempasuk), Japlin Akim (Usukan), Jahid Jahim (Tamparuli), Joniston Bangkuai (Kiulu), Kenny Chua (Inanam), Ghulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Ariffin Mohd Ariff (Membakut), Isnin Aliasnih (Klias) dan Limus Jury (Kuala Penyu),

Kelihatan juga, Matbali Musah (Sindumin), Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Abidin Madingkir (Paginatan), Robert Tawik (Bingkor), Ellron Angin (Sook), Bobbey Suan (Nabawan), James Ratib (Sugud), Abdul Rahman Kongkawang (Labuk), Masiung Banah (Kuamut), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Osman Jamal (Balung), Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Hamisa Samat (Tg Batu) dan Abdul Muis Picho (Sebatik).

Lima lagi ADUN iaitu Musa Aman (Sungai Sibuga), Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Jamawi Jaafar (Kemabong), Jeffrey Kitingan (Tambunan) dan Masidi Manjun (Karanaan) belum kelihatan setakat jam 9.30 pagi tadi.

Terdahulu seramai 33 ADUN mengemukakan permohonan semakan kehakiman berkenaan menerusi firma guaman FT Ahmad dan Co pada 4 Ogos lalu.

Permohonan terbabit meletakkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat.- K!ONLINE.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *