Bekas Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Pelancongan, Tunang Direman 5 Hari

Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri bersama tunangnya, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan. – Foto Luqman Hakim Zubir

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri bersama tunangnya, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek bermula hari ini sehingga 19 Ogos selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Bekas pembantu Mohamaddin Ketapi dan tunangnya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. (Gambar SPRM)

Suspek lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 28 tahun dibawa ke mahkamah pada jam 10.15 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga.

Lelaki terbabit yang menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu, ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Dia dikehendaki SPRM berhubung satu siasatan kes rasuah mengikut mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009, membabitkan wang RM3.7 juta daripada syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Pada 27 Julai lalu, SPRM mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan terbabit atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Media melaporkan, tertuduh, Ibrahim Omar, 48, seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.

Semua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender ‘Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia’ secara ‘request for proposal’ bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *