Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Tong Sampah

Mayat yang masih bertali pusat ditemui kira-kira jam 12.38 tengah malam tadi.

KOTA KINABALU: Satu mayat bayi ditemukan dibuang dalam tong sampah berhampiran sebuah premis jualan di Kampung Kionsom, Inanam.

Kejadian pukul 12:38-tengah malam tadi dilaporkan saksi yang menemukan mayat bayi berkenaan ketika ingin membuang sisa jualan makanan.

Saksi merupakan seorang penjual makanan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji menyatakan perkara ini kepada wartawan RTM ketika dihubungi di Kota Kinabalu.

Menurutnya, pihak polis dan pegawai dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah ke lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan di lokasi, bayi tersebut adalah bayi lelaki dengan berat 4-kilogram, masih bertali pusat dan cukup sifat dibuang dalam satu plastik.

Kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. ACP Habibi meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk melaporkan ke balai polis berhampiran.

Sumber /Foto : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *